rama-rama

Wednesday 14 December 2011

FAKTA DAN KESAN MEROKOK



Bagi aku merokok nie satu tabiat yg kurang baik sebanarnya boleh tgok sendiri kesan merokok nie semuanya negetif...bagi aku la...byk mmbazir duit byk habis duit beli rokok!!!aku pn ada jgk try2 merokok nie an...masa zaman2 aku mula nk UP...bg aku xbest mna pn merokok nie...kebanyakannya mmber aku ramai yg merokok terutamanya member2 aku kt kampung...yg tak merokok ada la dua tiga org termasuk aku...huhuhu...lg pn mak aku xsuka anak2 dia merokok...bukan sebab aku takod kt mak dan jgk bukan sebab aku anak mak tp sebab aku syg dan hormat mak aku...hehehe...sebenarnya xdak faedah pn merokok nie...sbb tu aku xmerokok...sayangilah org yg tersayang...kebanyak perokok akan ckp"merokok baru ada gaya" tp kt mana gayanya aku sendiri pn xtau...kalau nk tau tanya mmber korang yg merokok...cmfrm depa akan ckp merokok baru ada gaya dan kt mana yg ada gaya sgt tu!!! 




 
Korang mesti tau kan yg merokok nie adalah penyebab utama penyakit dan membawa kepada kematian...kesan yg paling tinggi adalah pada paru-paru dan juga beberapa kesan barah lain iaitu 90%,keduanya adalah penyakit pernafasan dgn 75%dan di ikuti dgn penyakit jantung selain itu jgk akan berlaku komplikasi semasa mengandung serta penyakit pernafasan dikalangan kanak-kanak iaitu dgn 25%.....daripada fakta yg aku dpt, sesiapa yg merokok lebih 20 batang rokok sehari mempunyai 10-15 kali ganda lebih mudah utk mendapat serangan jantung kerana merokok merendahkan tahap lipoprotein berkepadatan tinggi (lemak yg baik) dlm darah... jgn igt yg hisap 2-3 batang sehari tu xleh nk kena plak...kononnya selamat la an!!!xpe teruskn la dgn hobi korang tu...tp cuba2 la renung2kan dan fikir2kan....



JENIS PEROKOK
  1. Perokok Aktif : Individu yang menyedut asap rokok aliran utama melalui mulut.
  2. Perokok Pasif : Individu yang menghirup asap aliran sisi dan asap alirah utama yang dihembus keluar oleh perokok atau terdedah kepada asap rokok persekitaran.
ANTARA KANDUNGAN KIMIA ROKOK
  1. Aseton (penanggal cat).
  2. Ammonia (pencuci lantai).
  3. Naphthylamine.
  4. Metanol (bahan api).
  5. Naftalena (ubat gegat).
  6. Kadmium (digunakan dalam bateri kereta).
  7. Polonium-201.
  8. Gas monoksida (gas beracun).
  9. Vinil Klorida.
  10. Hidrogen Sianida (racun yang digunakan dalam kebuk gas).
  11. Toluidina.
  12. Uretana.
  13. Toluena.
  14. Arsenik (racun anai-anai).
  15. Dibenzakridine.
  16. Fenol.
  17. Butana.
  18. DDT (racun makhluk perosak).
  19. Nikotin.
  20. Benzopyrine.
  21. Tar

Ambik hg tgok la apa yg hampa hisap nie....patut la sedap sgt an!!!kreatif gila org y
g buat rokok nie an...smpaikan semua org sanggup hisap walaupun dh tau apa ada dlm rokok tu...ishhhhhhhishhhhhhhh.....padan bau mulut si perokok nie busuk...mcm2 diletaknye hah!!!nahh baca la nie puas2 tentang apa yg ada dlm rokok tu...kot la ada kurang faham lg....huhu

TAR

Kesan Awal
  1. Nafas berbau.
  2. Gigi menjadi kuning.
  3. Pakaian, rumah, dan tempat kerja berbau asap.

Kesan akhir
  1. Barah paru-paru.
  2. Emfisima (kesukaran bernafas).
  3. Lain-lain penyakit barah
KARBON MONOKSIDA

Kesan awal
  1. Mengurangkan oksigen dalam darah.
  2. Kekurangan oksigen dalam darah, yang menyebabkan nafas menjadi pendek.
  3. Kurang stamina.
  4. Kurang oksigen untuk janin.
Kesan akhir
  1. Meningkatkan peluang mendapat atherosclerosis (mengecilkan dan menyekat saluran darah).
  2. Memusnahkan saluran darah dan membawa kepada penyakit saluran darah, penyakit jantung, dan penyakit paru-paru.

ANCAMAN ROKOK TERHADAP ORANG SEKELILING

Wanita
  1. Kelahiran bayi kurang berat badan dan tidak cukup bulan.
  2. Lebih terdedah kepada kanser.
  3. Kurang kesuburan.
  4. Putus haid awal.
  5. Kematian dan keguguran bayi dalam kandungan.
Kanak-kanak
  1. Mudah mendapat penyakit lelah.
  2. Mendapat jangkitan paru-paru.
  3. Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu.
  4. Orang dewasa merokok menjadi contoh yang buruk kepada kanak-kanak.

Akhir sekali,aku harap korang yg merokok tu try2 la benti merokok....terutamanya member2 aku tu!!!!dh la bahayakan diri sendiri...igt la org disekeliling kita sama....depa tu xbersalah pn...katakan xnk merokok.....sebelom terlambat an!!!!aku caya hampa boleh!!!!huhuhu







 







No comments:

Post a Comment

cursor

Blacy Smiley - Silly