rama-rama

Tuesday 13 December 2011

Sepetang di BUKIT AYER buat kali yg ke berapa tahhhh!!!!!!!

INFO BUKIT AYER
Hutan Lipur Bukit Ayer telah ditubuhkan pada tahun 1995 dan diwartakan pada 26 Ogos 1998. Kedudukannya terletak di Kompartmen 9 dalam Hutan Simpan Bukit Bintang dengan keluasan 186 hektar. Sehingga kini kawasan yang dibangunkan untuk kemudahan pengunjung adalah seluas 20 hektar.
Tumbuhan semulajadi di Hutan Lipur Bukit Ayer adalah jenis Hutan Dipterokarp Bukit dan terdapat sebuah air terjun yang mengalir ke dalam kolam. Kawasan hutan lipur ini bukan sahaja menjadi satu lokasi bagi tujuan berkelah dan berehat tetapi juga sesuai untuk menjalankan aktiviti pendidikan. Berdekatan dengan kawasan ini terdapat Rimba Herba, Taman Anggur Jabatan Pertanian, Taman Primat, Taman Botani dan Taman Ular. 
Terdapat beberapa kemudahan yang telah disediakan untuk kemudahan pengunjung seperti pusat penerangan, kolam mandi, chalet, dewan serbaguna, tapak perkhemahan, surau, wakaf, tandas, taman permainan kanak-kanak, denai interpretasi, trek basikal lasak dan kemudahan tempat letak kenderaan. Jarak Hutan Lipur Bukit Ayer dari Bandar Kangar adalah 12 kilometer. Untuk sampai ke sini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti teksi.
Lokasi:
Kompartmen 9, Hutan Simpan Bukit Bintang 
13 km dari Bandar Kangar. 
Boleh dihubungi dengan jalan raya 

Jenis Hutan: Hutan Dipterokarpa Pamah 
Ketinggian : 300 m a.p.l

Kemudahan Sedia-ada:
Berkhemah, mandi-manda, mencerap burung, basikal lasak, interpretasi denai, mengambil gambar.


Aktiviti Rekreasi:

Berkhemah, berkelah, mandi-manda, mengintip burung, menangkap gambar, bersiar-siar.














10/12/2011
Lokasi: Bukit Ayer...
Aktiviti:Mandi manda...main ayer...BBQ...konvoi yg xmcm konvoi          la...bersama-sama
Masa: 200-630 ptg....



No comments:

Post a Comment

cursor

Blacy Smiley - Silly