rama-rama

Monday 12 December 2011

Tentang tempat asal aku “PARIT BUNTAR”


Parit Buntar terletak di utara negeri Perak iaitu di dalam daerah Kerian. sebenarnya Parit Buntar merupakan sempadan tiga buah negeri iaitu Perak,Pulau Pinang dan Kedah. Dipisahkan dengan Pulau Pinang hanya dgn sebatang jalan dan dgn negeri Kedah melalui sebatang sungai yg dikenali sebagai Sungai Kerian. Parit Buntar juga di kenali sebagai kawasan jelapang padi Negeri Perak. Anggaran keluasan Parit Buntar adalah kira-kira 70 ribu km persegi dan masyarakat di Parit Buntar kebanyakannya bercakap dlm lograt utara. Parit Buntar juga berhampiran Bagan Serai,Kuala Kurau,Tanjung Piandang dan juga Bagan Tiang. Masa aku kecik dlu, Parit Buntar hanyalah sebuah pekan kecil. tetapi sekarang banyak perubahan yg berlaku dan rasanya aku harus berbangga mempunyai kampung yg bernama Parit Buntar....




Sejarah “PARIT BUNTAR”

Dari info yg aku dapat, nama PARIT BUNTAR berasal daripada nama seorang pemimpin iaitu Tok Buntar  seorang yg terkenal pada masa dulu di mana beliau dan bersama-sama pengikutnya telah membina parit dari SUNGAI KERIAN utk dialirkan ke sawah-sawah sebagai sumber pengairan pada masa dulu. Parit yg dulunya dikenali Parit Tok Buntar dan seterusnya dikenali sbgai PARIT BUNTAR....








Jam Besar  di pekan lama Parit Buntar ini merupakan salah satu mercu tanda Bandar Parit Buntar. Jam Besar ini telah dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman pada 24 ogos 1961 utk memperingati kemajuan dan kemakmuran cemerlang semua penduduk Parit Buntar. 











 SUNGAI KERIAN
Air yg tenang jgn sangka tiada buaya....Sungai nie juga mencatat sejarahnya yg tersendiri apabila sekitar pertengahan tahun 1970-an tragedi feri karam telah menyebabkan ramai yg terkorban. kalau tak silap aku,peristiwa tu berlaku  pada 14 september 1972. Ini merupakan tragedi yg tidak dapat dilupakan oleh kebanyakan warga Parit Buntar...





Suatu masa dulu, di tepi sungai ini terkenal dgn gerai makan yg di panggil Terapung Pada masa tu Terapung menjadi tempat tumpuan utama masyarakat di Parit Buntar. Ketika dahulu juga kedai tepi sungai ini merupakan tempat utama org-org Parit Buntar dan sekitarnya membeli baju-baju sukan yg berjenama dan juga barangan lain sehinggalah sekarang...disitu tetap menjadi surga membeli belah...hehehe







 Dulu masa aku kecik tempat nie...biasa je...tp sekang tengok...dunia dah berubah Malaysia dh maju beb!!!tempat nie bila hujung minggu mesti penuh dgn org ramai beriadah bersama keluarga!!!









PASAR MALAM PARIT BUNTAR
Pasar malam nie merupakan pasar malam yg terbesar di Parit Buntar...terletak di pekan lama Parit
Buntar berhampiran dgn jam besar...bermula seawal jam 5ptg-10mlm...ramai org dari Nibong Tebal,Bandar Baharu dan Parit Buntar sendiri dtg ke sini utk membeli pelbagai barangan keperluan...semua ada jual di sini harga pon berpatutan sgt!!!




No comments:

Post a Comment

cursor

Blacy Smiley - Silly